Tuesday, February 9, 2010

Atira - 18

Maria memandang sekeliling mencari ilham. Matanya memadang sebuah rumah. Tidak sedar langkah kaki mereka telah membawa mereka ke situ. "Kalau kaki membawa kau ke rumah Aiman?" katanya menyebabkan langkah Atira terhenti. Di depannya rumah arwah Hasan tersergam dengan pintu dan semua jendela tertutup. Suasana menyepi. Soalan dari Maria di biarkan berlalu bersama masa yang telah beralih.


"Kalau langkah kaki kau membawa kau ke rumah Aiman?" ulang Maria di sebelahnya.


"Aku akan menghantar orang gila tu ke hutan. Biar dia berkawan dengan monyet yang sama spesis dengannya" jawab Atira sambil ketawa. Maria ikut ketawa sambil menekan-nekan perut.


"Tak nak jalan-jalan dah?" tanya Atira kemudian apabila melihat kawannya itu tertunduk sambil menekan perut


"Penat!"


"Aih.. baru berjalan sikit, dah penat. Tadi kata nak berjalan?"


"Penat dengan ketawa" jawab Maria sambil matanya meliar. "Jom duduk kat sana" tunjukkan pada sebuah pelantar di bawah sepohon ru yang merendang.


"Sunyi aja. Aiman tak ada ya" tanya Maria setelah mereka duduk di atas pelantar tersebut. Kaki mereka yang terjuntai ke bawah itu di buai-buai perlahan.


"Mak Usu dengan Aiman ke Kuala Lumpur. Abang Irfan bawa"


"Eh.. tak tahu pula aku"


"Macam mana kau nak tahu. Kau tu, sejak belum habis peperiksaan lagi dah kemaskan barang"


"Ceh.. woit.. aku pun sayang nak tinggal kampung nih tau" Atira hanya ketawa.


"Mana kau tahu dia orang pergi ke bandar?" tanya Maria setelah kemeriahan mereka mereda.


"Sebab dia datang rumah aku. Minta ayah aku tengok-tengokkan rumahnya"


"Kalau aku jadi ayah kau, aku minta kau yang tinggal kat sini" kata Maria sambil ketawa. Usikkan Maria menyebabkan Atira mencubit paha temannya.


"Tak nak ah. Perangai macam orang gila, mahu rumah pun bersepah-sepah" jawapan Atira menyebabkan mereka berdua ketawa.


"Ala.. kalau bersepah, kau la tolong kemaskan" suara ketawa mereka kedengaran lagi.


"His.. sejak bila pula ada pontianak kat kampung nih" rungut Aiman sendirian.


Suara perempuan ketawa telah mengejutkannya dari lena. Dia melihat jam di tangan. Hampir ke pukul sepuluh pagi. Kerana tidak ada apa yang ingin di buat, Aiman menyambung tidurnya setelah puas di pantai bila di pulang dari masjid tadi. Emaknya masih di bandar. Cuma Aiman yang pulang. Tidak betah untuk dia berlama di sana. Rindunya pada ombak telah memanggil langkah pemuda untuk kembali.


No comments:

Post a Comment