Tuesday, February 9, 2010

Atira - 17

Atira geleng-geleng kepada. Suara Aiman di akhir kelas lebih dua bulan lalu di padankan dengan suara orang yang mengaji subuh tadi. Hampir sama tapi Aiman tidak ada di kampungnya sekarang. Setahunya, telah dua minggu Aiman dan ibunya Usu Utih ke bandar di bawah oleh Irfan, anak sulung arwah Hasan. Tapi dua malam berturut-turut, suara orang mengaji kedengaran mengejutkan tidurnya, seperti pagi tadi. Atira menjengah ke depan masjid, wajah Razali memenuhi matanya. Pasti pemuda itu. Gema hatinya lagi.


Hari itu seperti hari sebelumnya, sebagai seorang gadis dia bangkit bila fajar mengaris langkahnya di ufuk. Setelah solat subuh berjemaah, seperti semalam tangannya lincah mengemas rumah sementara ibunya pula masih di dapur menyidai kain. Habuk-habuk disapu bersih di dalam rumah, kemudian dia turun ke halaman, daun-daun ru yang gugur di depan rumahnya itu di sapu hingga menampakkan pasir halus pantai itu menyimbah warna putih menghiasai pandangan. Setelah berpuas hati, dia menyiram bunga. Kuntum-kuntuman bunga raya yang berwarna merah darah itu di belek beberapa kali. Matanya terpandang bunga loceng yang menyubur, air di siram di pangkal bunga tersebut.

Sepohon bunga melor kini berdiri rendang di depannya. Haruman bunga asli itu menyegarkan suasana. Matanya memandang kudup-kudup putih bunga melor tanpa tujuan. Hatinya seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Dia tidak tahu, namun kesunyian itu terasa sejak menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, hari-hari yang dilaluinya banyak yang terbuang. Tangannya menyentuh kudup bunga yang membulat.


"Cantik bunga melor rumah kau nih" Aiman memuji. Matanya turut memandang pohon bunga melor tersebut. Air yang dibuatnya di dalam dua gelas itu diletakkan di depan Aiman yang duduk atas pelantar rumah. Tempat itu di buat khas untuk tetamu yang datang tetapi ingin menikmati permandangan. Ibunya pula telah masuk ke dalam rumah bila air itu di bawa keluar. Barangkali memberikan peluang untuk dia berbicara lebih bebas bersama kawannya itu. Aiman menghirup air yang dihidangkan untuknya kemudian wajahnya berubah.


"Kau buat ker air nih?" tanya Aiman


"A'ah. Kenapa?"


"Tawar la"


"Eh.. rasanya aku dah letak banyak gula tadi" kata Atira bersungguh.


"Patut la manis benar air nih. Banyak gula kau letak erk"Atira menarik muka masam termakan kata-kata yang diumpankan oleh Aiman.


"Bunga melor tu kau tanam erk?" tanya Aiman kemudian.


"Mak aku yang tanam" jawab Atira berbohong.


"Dah agak. Kalau kau tanam, memang bunga melor yang tumbuh, tapi bunga tayar yang kembang. Tak pun bunga tapak kasut" kata Aiman sambil ketawa.


"Ingat aku tak reti tanam bunga ker?"


"Aku tak ingat. Tapi aku kata. Hisss.. mana bakal bapa mertua aku nih" tanya Aiman. Atira buat tak faham. Sewaktu Aiman datang tadi, lelaki itu bertanyakan ayahnya yang masih belum pulang mencari barang di kedai.


"Siapa?" Atira bertanya berpura-pura tidak tahu.


"Ayah Aji. Ketua di rumah nih. Siapa lagi?"


"Bila pula ayah aku jadi bapa mertua kau?"


"Bila aku jadi menantu dia la"


"Kau nak kawen dengan akak aku ya"


"Hiss..tak lah.. aku nak kawen dengan adik akak kau"


"Akmal tu lelaki. Mana kau boleh kawen"


"Akak kau kan ada adik perempuan"


"Siapa?"


"Siapa-siapa yang jadi adik dia yang perempuan" Atira diam.


"Kenapa kau cari ayah aku Aiman?" tanyanya ingin tahu.


"Eh.. ayah kau tu bakal bapak mertua aku ker?" kali nih Aiman pula yang buat tidak faham.


"Abih tadi kau kata kau nak jumpa ayah aku"


"Bila pula. Aku kata aku nak jumpa Ayah Aji. Dia tu bakal bapa mertua aku"


"Orang yang kau panggil Ayah Aji tu ayah aku la"


"Kau ada akak perempuan tak?"


"Ada.."


"Kau ada adik perempuan tak?"


"Tak ada"


"Eh.. maknanya Ayah Aji tu bakal jadi bapa mertua aku sebab aku kawen dengan kau erk"


"Siapa nak kawen dengan kau?"


"Anak Ayah Aji nih la. Adik kepada anak dia yang sulung"


"Dia tak nak kat kau la"


"Kalau dia tak nak, nanti aku paksa dia"


"Lagi dia tak nak"


"Tak nak jugak, nanti aku bawak lari"


"Eleh.. kau tu hanya tahu lari setempat aja" terkelip-kelip Aiman memandang Atira. Pertama kali gadis itu berjaya mengenakannya.


"Lari jugak. Kalau nak bawak dia lari banyak tempat, mahu tak larat aku. Dia tu berat" minda Aiman sememangnya cepat aktif. Dia tersenyum.


"Aku tak gemok la"


"Eh.. aku kata dia. Kenapa terasa. Dia tu kau ker?" Atira terdiam. Berlawan kata dengan Aiman akhirnya akan mengenakan dirinya sendiri. Suasana kembali sunyi. Aiman menoleh memandang bunga melor itu lagi.


"Cantik bunga tu Atira. Aku suka melihat kudup-kudupnya yang kecil itu bergoyang-goyang ditiup angin" Atira memandang ke arah hujung pandangan mata Aiman. Kudup-kudup bulat bunga melor itu menari-nari lembut. Bibirnya mengukir senyum.


"Tak kan berubah bunga tu menjadi bunga telur dengan senyuman kau tu, Atira" tangannya yang mengengam cerek yang berisi separuh air itu terlepas kerana terkejut. Air melimpah ke pasir mengubah warna yang putih. Spontan di menoleh.


"Maria!" jeritnya girang. Kawannya itu yang telah berada di atas pelantar di depan pintu rumahnya tersenyum, ibunya ada di sisi temannya.


"Bila balik dari Pahang?" tanyanya. Sejak cuti sekolah, kawannya itu ke Pahang untuk menghabiskan cuti di rumah kakaknya di sana.


"Semalam" jawab Maria sepatah. Mereka berdakapan seketika melepaskan rindu setelah lebih dua bulan berpisah. Endong hanya memerhati sambil tersenyum. Maria sememangnya di kenali kerana sering datang ke rumahnya.


"Bila sampai rumah aku nih?"


"Dan hampir setengah jam dah. Kau tu asyik senyum kat bunga melor tak sedar aku datang. Elok kau bawak aja bunga tu masuk bilik. Malam nih kau peluk la pokok tu puas-puas" becok mulut kawannya itu menyebabkan jari-jari Atira mencubit paha kawannya sambil menjeling ibunya.


"Hiss.. tangan kau nih memang tak sekolah la.. sakit tau tak."


"Tu la Maria, Mak Aji tengok pun, si Atira nih, macam lain aja kebelakangan nih"


"Mak!" suara Atira manja. Maria senyum-senyum.


"Agaknya Mak Aji, Atira nih.. adoi" kata-katanya terpotong bila dia di cubit lagi.


"Padan muka" sambut Atira. Mereka berdua tersenyum.


"Boleh Maria bawa Atira jalan-jalan di tepi pantai Mak Aji" tanya Maria kepada ibu kawannya itu.


"Pergilah. Tapi jangan pulang lewat sangat tau" kata emak Atira sebelum berlalu masuk ke rumah. Atira hanya memandang langkah ibunya itu ke dalam rumah kemudian ke arah kawannya.


"Nak jalan-jalan ke mana?"


"Jalan-jalan cari makan"


"Orang tanya betul nih" sebuah lagi cubitan hinggap di paha Maria menyebabkan gadis itu mengosok-gosok kulitnya.


"Tak ke mana-mana. Aku dah lama tak pijak pasir"kata Maria.


"Ha.. kau ambil aja pasir tu, kau tabur kat tempat tidur, bukan setakat kau boleh pijak, boleh guling-guling lagi atas pasir tu" kali nih giliran Atira pula mengosok-gosok pahanya sambil ketawa.


"Jom lah" Maria menarik tangan kawannya itu setelah ketawa mereka reda


"Nak ke mana?" tanya Atira inginkan kepastian.


"Tak ke mana-mana"


"Kot ya pun letak la dulu beg sandang kau tu" arah Atira


"Tak payAhada sesuatu yang aku nak berikan pada kau nanti"


"Apa dia?"


"Berjalan la dulu. Banyak yang nak aku ceritakan"


"His.. nak ke mana la nih?"


"Ikut kaki melangkah"


"Kalau kaki melangkah ke bulan?" tanya Atira sambil turun ke halaman rumahnya. Maria telah lama berada di bawah.


"Aku akan menulis namaku di sana"


"Kalau kaki membawa kau ke hutan?"


"Aku akan menjadi tarzan perempuan" jawab Maria. Tapak-tapak kaki mereka mula berbekas di pantai yang berpasir. Gelak ketawa mereka kedengaran di bawa bayu ke darat.


"Kalau kaki membawa kau ke pulau"


"Aku akan menubuhkan negaraku di sana"


"Kalau kaki membawa kau ke kutub"


"Aku akan menamakan penguin di sana dengan nama Atira" mereka ketawa lagi. Langkah meraka semakin menjauh.


"Lagi-lagi" tanya Maria. Atira termenung sekejap.


"Dah tak ada kot" katanya.


"Ha... aku pula" kata Maria. "Kalau kaki membawa kau ke laut" sambungnya lagi.


"Aku akan melemaskan kau di sana"


"Kalau kaki membawa kau ke langit" tanya Maria setelah memandang sekeliling mencari ilham.


"Aku akan melukiskan pelangi biar ia muncul untuk selamanya"


"Kalau kaki membawa kau ke Tanjung Rambutan?" kata Maria sambil menutup mulutnya yang sedang ketawa.


"Aku akan melawat kau yang menjadi pesakit mental di dalamnya" kata Atira sambil mengelak sebuah pukulan yang terhayun dari tangan Maria ke bahunya. Mereka berdua ketawa berkejaran seketika.


"Kalau kaki membawa kau ke bintang?" sambung Maria selepas mereka penat berkejaran.


"Aku akan menaburkan serpihannya ke bumi"


No comments:

Post a Comment