Monday, February 8, 2010

Atira - 16

"Pitssss"


Azman dan Hairuddin yang mendengar suara itu menoleh ke arah Atira. Atira mengangkat keningnya sambil menoleh ke arah meja Aiman. Melihat keadaan itu, Azman dan Hairuddin juga menoleh ke arah belakang mereka. Kerusi itu kosong. Azman mengangkat bahu. Tanda dia tidak tahu sebelum kembali menoleh ke arah cikgu Lokman yang membelakangi mereka.


Cikgu Lokman gigih menumpahkan ilmu. Hal yang berkaitan dengan Aiman dilupakan terus. Dia lebih suka pelajar yang bermasalah itu tidak ada dalam kelasnya. Cabaran yang di buat oleh Aiman seakan tidak ada erti baginya. Keputusan peperiksaan Aiman dalam waktu yang terdekat membuktikan kejayaan akan menjadi milik Kamal, pelajarnya dalam kelas Lima Perakaunan.


Namun hatinya tetap sakit. Sakit kerana permintaannya ditolak oleh guru besar sekolah iaitu Encik Hafis. Selepas dia mengajar di kelas 5st pada hari tersebut, dia telah melaporkan kejadian itu kepada cikgu Omar. Cadangnya agar pihak sekolah mengantung Aiman dari datang ke sekolah, sekurang-kurangnya sebulan. Namun cikgu disiplin sekolah itu tidak dapat membuat keputusan. Sebaliknya laporan yang dibuat oleh cikgu Lokman di bawa kepada pengetahuan Encik Hafis.


"Dia kurang ajar dengan saya. Tak masuk kelas langsung tadi. Pelajar macam tu kita tak boleh bagi muka" katanya bersungguh-sungguh. Cikgu Omar yang berada di sebelahnya hanya diam mendengar aduan tersebut. Guru besar di sekolah itu memandang cikgu Omar.


"Bagaimana dengan tahap disiplin Aiman cikgu" tanya cikgu Besar.


"Seperti yang telah saya laporkan kepada tuan pengetua setiap bulan. Aiman memang selalu datang lewat ke ke sekolah. Disiplinnya memang teruk" ujar cikgu Omar.


"Tengok tu cikgu. Pelajar tu memang bermasalah. Kita perlu ambil tindakkan" namun kata-kata cikgu Lokman itu di sambut oleh jelingan tajam oleh encik Hafis. Tidak gemar bila dicelah perbualannya dengan orang lain. Cikgu Lokman menundukkan wajah. Pandangan encik Hafis kembali kepada cikgu Omar. Persefahaman antara mereka berdua tersembunyi dalam renungan.


"Saya rasa kita serahkan saja tindakkan yang di ambil kepada cikgu Omar. Biar dia tentukan. Tapi saya tak izinkan Aiman digantung sekolah. Pelajar itu akan menghadapi peperiksaan SPM. Ia akan menentukan masa depannya. Cikgu Omar buatlah tindakkan yang setimpal dengan kelakuan Aiman" keputusan itu dibuat setelah dua puluh minit mereka bertiga berbincang.

Dan Aiman hanya diberi surat amaran oleh cikgu Omar. Hukuman itu tidak memuaskan hatinya. Dia kalau boleh bukan saja ingin mengantung persekolahan Aiman, kalau mampu, mahu Aiman terus diberhentikan sekolah. Namun keputusan tetap di tangan pengetuan. Walaupun tidak bersetuju, tapi dia perlu akur dengan hukuman yang telah diberikan oleh cikgu Omar kepada Aiman. Tapi sekurang-kurangnya Aiman tidak lagi ada dalam kelas yang di ajarnya. Dia pasti kejayaan akan menjadi miliknya.


Bumi memutar masa, serentak waktu pun beralih. Cikgu Hartini kembali semula ke sekolah setelah cuti dua bulan kerana bersalin. Kelas 5st kembali pulih. Gelak ketawa kembali kedengaran bila tiba subjek ekonomi. Gambar Durraini Munirah kini tertampal di atas papan kenyataan di dalam kelas 5st. Anak perempuan milik cikgu Hartini itu ditatap saban hari. Turut terlekat di situ gambar-gambar lain yang di ambil sebagai kenangan mereka bersama. Gambar Atira sedang mendukung Durraini. Gambar ciuman encik Nizar, suami cikgu Hartini ke dahi isterinya itu bila di desak oleh pelajar-pelajar yang datang melawatnya. Gambar Azman yang ternganga menguap. Gambar Latif yang bertanduk bila Hairuddin meletakkan jari di atas kepalanya. Selain gambar keadaan kelasnya. Ada gambar pelajar yang tertidur, malAhada gembar guru-guru kelas yang mengajar. Kenangan di hari sukan dan semua gambar yang berkaitan dengan kelas tersebut.


Kamera milik Maria telah menjadi kamera milik kelas 5st. Setiap bulan, ada saja gambar yang baru di tampal di situ. Semuanya milik mereka. Ada yang melucukan, dan yang di ambil secara sepontang. Pelajar-pelajar kelas lain ada kalanya datang ke kelas 5st untuk melihat gambar tersebut. Dan mereka ketawa bila melihat gambar-gambar tersebut. Mereka turut sama kagum dengan kelas 5st yang mengabadikan kenangan mereka bersama.


Namun tiada siapa yang tahu, ada dua keping gambar yang tidak di tampal di situ. Dua keping gambar yang di ambil oleh Maria secara rahsia. Gambar Aiman dan Atira saat renungan antara ke dua mata mereka bersatu. Pasir-pasir putih di pantai yang dipanah sinar terik dari mentari menyebabkan gambar tersebut seperti berseri. Gelombang dan laut yang membelakangi mereka seperti turut sama merestui. Dan sekeping lagi gambar Atira sedang mendukung Durraini Munirah. Di kanannya berdiri Aiman menyentuh hidung anak kecil itu. Bibir Atira mengukir senyuman sementara Aiman seperti mengatakan sesuatu padanya. Maria sendiri terpegun menatap gambar-gambar tersebut. Dia bercadang ingin memberi gambar tersebut kepada Aiman dan Atira. Namun sikap mereka berdua yang suka bercakaran dan berbahas menangguhkan kelakuannya. Renungan Aiman tanpa emosi sementara jelingan tajam Atira menafikan apa yang disangka oleh hatinya terhadap mereka berdua. Akhir gambar itu hanya disimpan olehnya. Mungkin satu waktu nanti dia akan memberikan gambar tersebut kepada Atira dan Aiman.


"Awak nak tahu tak keputusan awak semua?" suara cikgu Lokman kedengaran kuat. Pelajar-pelajar kelas 5st tidak menjawab. Mereka semua diam. Aiman yang duduk di belakang telah lama hilang. Waktu langkah cikgu Lokman masuk ke kelas dari pintu depan, Aiman telah melangkah keluar menggunakan pintu belakang. Tindakkannya itu tidak disedari oleh pelajar-pelajar lain selain Maria dan Atira yang berpandangan.


"Saya telah memeriksa jawapan kertas ekonomi awak untuk peperiksaan percubaan yang telah berlalu. Format jawapan awak semua banyak yang salah" suara cikgu Lokman kedengaran lagi.


Dia sengaja masuk ke kelas 5st bila tidak ada guru yang mengajar dalam kelas tersebut. Kebanyakkan guru-guru yang mengajar di kelas tingkatan lima masih dalam proses memeriksa kertas jawapan untuk peperiksaan percubaan yang baru berlalu dan ia mengambil waktu kelas. Namun semua sukatan pelajaran telah habis di ajar, selepas peperiksaan percubaan, kebanyakkan guru-guru hanya akan masuk ke kelas seketika bertanyakan tentang kefahaman perlajar dan persediaan. Namun hari tersebut, cikgu Lokman masuk ke kelas 5st untuk mengatakan tentang keputusan ujian kertas ekonomi. Para pelajar-pelajar kelas 5st berpandangan sesama sendiri. Bosan dengan kelakuan cikgu Lokman itu.


"Bukankah saya telah bagitahu awak semua cara dan rahsia untuk score jawapan bagi ekonomi" suaranya kedengaran lagi.


"Latif.. awak tahu jawapan awak kebanyakkan salah" Latif yang sedang tertunduk itu mengangkat wajah bosan.


"Haruddin, awak dapat markah pun sebab saya kutip sikit-sikit apa yang awak tulis" Latif menoleh ke arah Hairuddin yang sedang memandang cikgu Lokman.


"Awak patut dapatkan kertas jawapan Kamal lepas saya berikan kembali kertas yang telah siap diperiksa. Contohi jawapan dia nanti dalam SPM awak semua" cikgu Lokman sebelum berlalu setengah jam kemudian. Mereka sekelas yang sunyi berbandangan sesama sendiri.


"Jawa, kau dapat markah pun sebab saya kutip sikit-sikit apa yang kau tulis" suara Latif kedengaran mengajuk kata-kata cikgu Lokman. Tindakkan Latif itu menyebabkan mereka semua ketawa. Kesedihan yang bernaung di hati menghilang pada waktu itu juga. Keceriaan memenuhi suasana kelas 5st menjadikan kelas tersebut hangat dengan kemesraan.


Peperiksaam Sijil Pelajaran Malaysia akhirnya dilalui oleh pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kampung Teluk. Setiap wajah yang keluar dari dewan peperiksaan yang di buat di bangunan tingkatan dua itu tertera berbagai rasa. Ada yang sedih, ada yang tersenyum ada yang tanpa emosi. Pada hari terakhir peperiksaan yang dilalui oleh pelajar kelas 5st, iaitu kertas Sejarah, mereka berkumpul di dalam kelas. Ada yang tersenyum dan ada yang bersedih ada pula yang hanya memandang rakan-rakan tanpa tujuan.


Tidak ada guru yang menyertai mereka. Latif sebagai ketua kelas berdiri di depan. Program terakhir itu di uat untuk mereka semua. Dua tahun bersama di dalam kelas tingkatan 4st dan 5st, terlalu banyak yang di kongsi bersama. Segalanya perlu diluahkan pada hari tersebut. Yang suka akan di jadikan kenangan, yang duka akan ditinggalkan tanpa ingatan.


"Assalamulaikum" salamnya di jawab oleh mereka sekelas.


"Saya, Latif Bin Deraman" katanya memperkenalkan diri kepada mereka yang sedia mengenalinya. "Entah kita akan bertemu atau tidak selepas ini, saya tidak pasti, namun ingin saya nyatakan di sini, sepanjang berada di dalam kelas ini, banyak yang suka dan ada yang duka kita lalui bersama. saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang saya menjadi ketua kelas anda semua, banyak kekurangan yang di hadapi. Yang lemah itu datang daripada saya dan yang baik itu datang daripada Tuhan" suaranya tertangguh. Satu tepukkan gemuruh diberikan oleh pelajar-pelajar untuknya.


"SPM baru saja habis. Saya rasa mungkin kita akan berjumpa di kampung atau di mana saja kita tidak tahu"

suaranya terus bergema. Kata-katanya yang spontan di sambut senyuman dan gelak ketawa. Sebagai ketua kelas, dia memang pandai menarik perhatian pendengar. Kata-katanya diselang-selikan dengan gurauan.


Setelah Latif duduk, seorang pelajar perempuan bangun untuk berdiri di depan. Kata-kata Latif bersambung dengan pelajar lain. Kesemua pelajar di dalam kelas tersebut diwajibkan bercakap. Meluahkan apa yang dirasakan perlu. Kemudian pelajar itu duduk. Seorang pelajar perempuan lagi di panggil oleh Latif keluar. Suara pelajar itu kemudian kedengaran rancak. Begitulah seterusnya. Bila lima orang pelajar perempuan telah keluar, Latih memanggil nama Nik Man. Tiba saat untuk pelajar lelaki. Jumlah pelajar lelaki yang sedikit ternyata di selang selikan dengan pelajar perempuan.


"Sekarang di jemput Aiman Hasan" suara Latif bergema. Aiman yang berada di bahagian belakang berdiri. Berjalan perlahan-lahan ke depan kelas. Semua mata tertumpu kepadanya sambil senyuman terukir. Mereka sedia tahu rakan mereka itu tidak gemar bercakap di depan kelas, tumpuan mereka kini ke arah Aiman bila menyedari tentu banyak kelucuan yang akan di ciptakan oleh pelajar itu.


"Erm.. assalamualikum" katanya.


"Nama saya tak perlulah saya kenalkan, sebab semua orang dah tahu kan, atau anda semua telah mengenali saya dengan orang gila" suaranya bergema.


"Huuuuuuuu" suara pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Aiman hanya tersenyum.


"Nak kena sebut jugak ker?"tanya Aiman sambil garu-garu kepalanya yang tidak gatal.


"Nak " jawab beberapa dari mereka serentak.


"Erm"


"Arwah ayah memilih nama Aiman untuk Iman. Nama penuh Iman ialah Aiman bin Hasan" katanya lagi. Tidak menggunakan aku atau saya dalam percakapan tersebut. Semua pelajar-pelajar menumpukan perhatian. Kelainannya dari kebiasaan itu amat menarik minat mereka semua.


"Iman nak minta maaf kepada awak semua sepanjang Iman berada di sini, tentu banyak salah yang Iman buat, banyak duka yang Iman timbulkan pada awak semua. Dan ikhlas Iman katakan, awak semua tidak ada salah kepada Iman. Tidak juga Iman terguris atau terdetik membenci kawan-kawan semua. Kehadiran kalian telah mengindahkan hidup Iman, dan pasti nanti Iman akan tersenyum bila kenangan bersama kalian terungkit. Banyak yang kita lalui banyak yang kita tempuhi bersama. Segalanya akan Iman abadikan dalam kenangan Iman. Iman seorang manusia dan tidak sempurna manusia itu jika tidak melakukan kesalahan, justru itu Iman memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari hujung tangan kanan hingga ke hujung tangan kiri. Maafkan Iman" satu tepukkan gemuruh di tujukan untuknya. Aiman tersenyum


"Pada Latif, Iman hargai nasihat dan persahabatan yang di berikan. Jika diberikan pilihan, Latif tetap Iman cadangkan sebagai ketua kelas untuk setiap kali musim persekolah. Di ketuai oleh Latif, kita telah dihubungkan dengan sebuah kemesraan yang tidak ternilai harganya" Latif menundukkan wajah. Pujian dari temannya itu berbunga di hatinya.


"Buat Nik Man yang seringkali tabah dengan gurau senda yang Iman buat. Iman hargai kesabaran yang didoakan untuk Iman. Mengenali Nik Man adalah satu kelebihan dan tuah yang diberikan kepada Iman. Menjadi sahabatnya pula adalah bulan yang gugur keribaan Iman" semua mata tertumpu kepada Nik Man. Satu tepukkan gemuruh diberikan kepada satu-satunya pelajar lelaki tersebut. Seterusnya Aiman menyebut nama Azman, kemudian Hairuddin. Seterusnya pelajar perempuan. Semua nama di sebutnya, menyebabkan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut tersenyum-senyum. Pujian daripada Aiman cambah di hati mereka semua.


"Buat Atira, erm.. erm" gadis itu menunduk.


"Nanti ada waktu Iman luahkan ya" kata Aiman sambil tersenyum.


"Woooooooooooo" suara beberapa orang pelajar kedengaran sambil tersenyum-senyum.


"Nak tahu jugak.. nak tahu jugak!" jerit beberapa pelajar perempuan lain.


"Rahsia rumah tangga mana boleh bagitahu" kata Aiman. Mereka semua ketawa.


"Erm" Aiman cuba membetulkan suara. Semua pelajar dalam kelas tersebut memandang kepadanya kepadanya kembali. "Moga..ika ada kejayaan yang akan di berikan kepada Iman dalam keputusan peperiksaan SPM nanti, kejayaan itu akan ditukarkan dan menjadi milik kalian semua" doa Aiman pasrah, nadanya melembut penuh ikhas.


No comments:

Post a Comment