Monday, February 8, 2010

Atira - 15

Mereka semua bersetuju. Sekeping kertas di ambil. Setiap yang ingin mencadangkan nama perlu menulis nama yang di cadangkan di atas kertas tersebut bersama dengan makna nama itu sekali. Semua pelajar yang hadir berebut-rebut ingin menulis. Setelah selesai, kertas tersebut berada di tangan Latif. Nama tersebut di bacanya seketika agar semua yang ada mendengarnya. Kemudian meraka mula berbincang.

Dua puluh minit berlalu. Masih tidak ada penyelesaian. Tinggal empat nama yang di cadangkan. Nama-nama lain yang di senaraikan telah tepotong untuk memudahkan pemilihan.

"Bagimana?" tanya encik Nizar. Semua mata dalam bilik tersebut menoleh ke arahnya.

"Tak ada penyelesaian lagi encik Nizar" jawab Latif sopan.

"Apa kata gabungkan nama-nama tersebut" cadang encik Nizar sambil berdiri. Dia mendekatkan diri ke arah Latif. Kertas di tangan Latif di tatapnya lama. "Apa kata gabungkan nama nih berdua. Cantik kan" cadangnya sambil memandang Latif memberi penyelesaian.

"Ya tak ya jugak. Ok.. sekarang kita dAhada penyelesaian, abah empunya baby pun dah cadangkan nama yang dia nak. Siapa tak setuju lagi, aku sekeh-sekeh lepas nih" katanya sambil memandang rakan-rakannya. Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Latif.

"Baby nih istimewa tau. Sebab maksud nama yang abahnya cadangkan tu agak berkaitan dan bersambung. Menjelaskan maksud satu nama lagi. Kepada sesapa yang mencadangkan nama nih, ingat tau, korang cadangkan nama dia aja, bukan bermakna dia tu milik korang" kata-kata Latif disambut dengan senyuman.

"Ehem.. ehem" Latih membetulkan suaranya. "Dengan ini, setelah dipersetujui oleh abah empunya baby" sambungnya sambil memandang encik Nizar yang tersenyum "dan mintak-mintak dipersetujui juga oleh mama empunya baby" matanya memandang pula cikgu Hartini, "nama yang di cadangkan ialah.. Durraini Munirah. Durraini bermaksud Permataku, sementara Munirah pula Yang bersinar. Semoga Durriani Munirah akan bersinar seperti permata" suara Latif bergema. Mereka semua bersorak serentak.

"Bagaimana cikgu?" tanya Latif meminta persetujuan cikgu Hartini.

"Cantik nama tu" puji cikgu Hartini sambil matanya memandang ke arah wajah anak yang sedang di ribanya "Durraini Munirah" sebutnya sambil mencium pipi anak perempuan yang telah berada di pangkuannya. Kasih sayang seorang ibu tumpah buat anaknya dalam sentuhan itu. Kelakuan cikgu Hartini menyebabkan mereka semua terdiam. Kagum dengan kasih sayang guru ekonomi kelasnya itu. Suaminya memerhati dengan penuh azam, akan menjaga dan melindungi isteri dan anak yang dicintainya sepenuh hati. Suasana sunyi seketika sebelum di pecahkan oleh tindakkan Aiman yang berjalan kearah cikgu ekonominya yang sedang memangku Durraini Munirah. Hidungnya mencium pipi bayi yang sedang lena. Lembut dan penuh mesra.

"Selamat hari lahir Durraini Munirah. Semoga segala kegembiraan yang akan di berikan kepadaku menjadi milikmu dan semoga segala kedukaan yang tertulis untukmu ditukarkan kepadaku" doa penuh kudus itu di ucapkan ke telinga Durraini Munirah. Anak kecil itu kekal terlena. Cikgu Hartini memandang suaminya. Lelaki itu juga terharu dengan kata-kata Aiman yang pasrah. Rakan-rakan kelasnya yang berada dalam bilik tersebut turut kagum.

Atira terpena. Satu rasa sejuk dan dingin mengalir dalam dirinya. Suara penuh kudus itu menyentak sesuatu dalam hatinya. Nada suara Aiman yang mengucapkan kata-kata pasrah itu seakan membangkitkan ingatannya pada sesuatu. Namun dia gagal mencungkil ingatan yang telah berlalu. Kemudian matanya melihat Aiman menyeluk saku bajunya. Sekeping duit kertas di letakkan di tangan Durriani Munirah yang tergenggam. Kelakuan Aiman itu telah menamatkan rasa sejuk yang menghuni harinya.

"Tak perlu Aiman!" tegah cikgu Hartini.

"Dah dimestikan oleh orang tua cikgu. Arwah ayah dan ibu saya pesan begitu" kata Aiman."Tahniah cikgu" sambungnya lagi.

"Tapi banyak tu Aiman" suami cikgu Hartini, encik Nizar pula bersuara.

"Dah jadi rezeki Durraini Munirah encik Nizar" ujar Aiman sambil kembali berdiri di kalangan pelajar-pelajar lelaki.

Latif kemudian menuju ke arah cikgu Hartini. "Selamat hari lahir Durraini Munirah. Moga kebahagiaan akan mencarimu walau di mana kau berada" katanya sambil menyelitkan duit kertas ke tangan anak kecil yang masih terlena. Tindakkan permulaan yang di buat oleh Aiman di ikuti oleh semua rakan-rakan yang datang.

No comments:

Post a Comment