Monday, February 8, 2010

Atira - 14

Langkah kaki mereka mula meninggalkan depan sekolah. Jarak rumah Maria yang dekat dengan sekolah, dan pelajar itu menawarkan diri untuk membawa kamera telah mengembirakan hati mereka semua. Wajah anak kecil itu akan diabadikan bersama mereka. Jarak hospital dengan Sekolah Menengah Kampung Teluk tidak sampai dua kilometer. Mereka pergi dengan berjalan kaki. Derap langkah mereka menyusur di tepian pantai yang berpasir. Deruan ombak laut dan bayu yang bertiup menemani mereka yang rancak berbual. Ketawa meraka berpanjangan seakan gelombang yang tidak putus-putus mendatang.


Di tengah perjalanan, Atira menoleh kearah Aiman. Apa yang terjadi di kelas tadi teringat di dalam kepalanya. Melihat senyuman di bibir pelajar itu, sepatutnya tidak ada kerisauan yang harus menjelma, namun hatinya gagal menolak sebuah kebimbangan.


"Aiman" pelajar itu menoleh.


"Kau tak apa-apa?"tanyanya ingin tahu.


"Aku memang sedang tak sabar nih. Lelaki ker perempuan ya" jawab Aiman.


"Bukan pasal tu"


"Habis?"


"Tadi dalam kelas. Aiman dengan cikgu Lokman" suara Atira lembut. Langkah kaki ke dua mereka sedikit perlahan berbanding pelajar lain. Mereka berdua berada di belakang sekali, namun hanya beberapa langkah dari kumpulan yang berjalan di depan mereka.


"Aiman pergi ke mana tadi?" tanyanya lagi bila lelaki itu hanya mendiamkan diri.


"Tak mana-mana pun" jawab Aiman. Atira menebarkan pandangan ke pantai. Mencari kata-kata yang sesuai untuk di tanyakan kepada Aiman.


"Tadi lepas keluar dari kelas, Aiman lari ke mana?" tanyanya. Pandangan mata lelaki itu menoleh kepadanya seketika.


"Atira nak tahu?"


"Kalau tak keberatan. Aiman boleh bagitahu Atira" suara Atira melembut.


"Nak tahu ke mana Aiman lari?" ulang Aiman lagi. Suaranya sedikit merendah. Gadis di sebelahnya mengangguk perlahan.


"Ku lari ke hutan kemudian teriakku, Ku lari ke pantai kemudian menyayanyiku" suara Aiman meniru pelat orang jawa dari cerita yang ditontonnya. Loghat kata-katanya menyebabkan Atira tertawa lembut. Lucu dengan kelakuan Aiman. Suara itu kedengan lunak di telinga Aiman menyebabkan lelaki itu menoleh. Pandangan mereka berdua bertaut seketika sebelum di leraikan oleh langkah meraka yang memijak pasir. Tapak-tapak kaki mereka berbekas seiringan menghala tujuan.


"Aku tak apa-apa Atira. Biasalah. Agaknya cikgu Lokman tidur salah bantal semalam. Tu yang dia angin aja tu. Tak pun pagi tadi dia bergaduh dengan isteri dia. Mahu angin dia datang. Aku yang bersalah sebenarnya. Perangai setanku ini yang keterlaluan" luah Aiman setelah lama terdiam. Gadis itu menoleh ke arahnya.


"Kata-kata cikgu Lokman tu jangan ambik hati ya Aiman" kata-kata dari Atira menyebabkan langkah Aiman terhenti. Sikap ambil berat dari gadis itu menyentuh dasar hatinya. Serentak dia menoleh ke arah Atira yang juga berhenti melangkah. Pandangan mereka bersatu seketika. Hanya seketika. Namun Maria yang berada beberapa langkah dari mereka tersenyum. Detik yang seketika itu sempat dirakamnya. Bakal menjadi bukti renungan antara dua orang musuh itu bersatu. Dendam atau sebaliknya. Tidak ada siapa yang tahu. Hanya hati mereka berdua boleh menjawabnya.

Pintu bilik bersalin cikgu Hartini di tolak. Wajah cikgu Hartini dan suaminya menoleh.


"Lelaki perempuan cikgu?" suara Aiman bergema tidak sabar ingin tahu.


"Woit.. aku dulu woit" kuat suara Maria sambil tubuh pengawas itu merempuh masuk. Beberapa orang pelajar lain tertolak ke tepi.


Cikgu Hartini tersenyum. Suami juga tersenyum. Serbuan mereka tertangguh. Kali pertama melihat seorang lelaki berdiri di samping cikgu Hartini. Masing-masing hanya mengenali nama Encik Nizar, namun tidak pernah menemui lelaki yang menjadi suami cikgu ekonomi mereka.


"Ini suami saya. Encik Nizar" kata cikgu Hartini memperkenalkan suaminya. Pelajar lelaki bersalaman dengan suami cikgu Hartini kemudian mereka mengelilingi katil guru ekonomi tersebut. Encik Nizar hanya duduk memerhati gelagat pelajar isterinya. Ini masanya dia ingin mengenali pelajar-pelajar isteri yang dicintainya. Sebagai seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Dearah, dia juga tidak lepas dari urusan pendidikkan namun tiada pengalaman di kelas. Celoteh isterinya di rumah yang bercerita tentang suasana kelasnya adalah pengalaman yang agak menarik.


"Cikgu sihat?" suara Latif pula bergema setelah lama diam. Cikgu Hartini mengangguk lemah.


"Lelaki ker perempuan cikgu?" Aiman bertanya tidak sabar.


"Cutenya"


"A'ah, macam aku waktu kecil" Latifah bersuara.


"Kau waktu kecil macam tiang. Tapi bila dah besar macam mak orang"


"Mana kau tahu waktu aku kecil macam tiang?"


"Mak aku cakap"


"Mana mak kau tahu?"


"Sebab dia pergi tengok kau masa kecil"


"Kenapa mak kau datang tengok aku masa kecil?"


"Sebab mak dia nak tengok kau masa kecil tu yang macam tiang" kata Aiman menematkan perdebatan mereka. Suara ketawa memenuhi ruang bilik yang di huni oleh cikgu Hartini yang sedang ketawa. Suaminya pula seronok menyaksikan gelagat pelajar isterinya.


Buah-buahan yang sempat dibeli oleh pelajar kelasnya itu memenuhi ruangan meja. Semua pelajarnya berebut-rebut untuk untuk melihat bayi yang baru lahir. Cikgu Hartini hanya tersenyum memandang gelagat pelajar-pelajarnya. Anak kecilnya itu masih memejamkan mata. Baru malam tadi dia selamat melahirkan anak sulung. Rasa letihnya hilang dengan kedatangan pelajar-pelajarnya. Anaknya yang masih belum bernama itu terlena di tepinya.


"Lelaki ker perempan cikgu?" tanya Hairuddin. Dia juga ingin tahu.


"Cuba teka dari wajahnya" pinta cikgu Hartini.


"Lelaki" beberapa orang pelajarnya menjawab setelah melihat wajah bayi yang sedang lena di sebelah cikgu Hartini.


"Perempuan" kata beberapa orang lagi. Cikgu Hartini tersenyum. Suaminya juga tersenyum


"Hisss... makin suspen nih" kata Aiman, tangannya cuba menyelak pakaian yang membaluti anak kecil itu.


"Woit Aiman.. tak malu ker selak kain orang" Maria menegah. Kesemua mereka ketawa. Nama Aiman menarik perhatian suami cikgu Hartini, encik Nizar. Renungan matanya terarah kepada pelajar lelaki itu. Coleteh isterinya di rumah tentang Aiman bernada di kepalanya.


Dia yang sedang asyik menerung screen komputer di dalam bilik di rumahnya itu berpaling. Suara gelak ketawa isterinya yang mengajar ekonomi di Sekolah Menengah Kampung Teluk kedengaran ceria di telinganya. Kemudian dia bangkit menuju ke arah isterinya yang sedang memeriksa kertas jawapan pelajar sekolah.


"Kenapa?" tanyanya hairan. Isterinya menoleh. Wajah isterinya itu merah menahan kelucuan.


"Nih, cuba abang baca jawapan yang di berikan oleh Aiman, pelajar kelas saya" kertas yang dihulurkan oleh isterinya itu di ambil. Kemudian dia membaca.


'Perubahan kuantiti yang di minta bergantung juga kepada perubahan harga barang itu sendiri. Contohnya, Atira bersama Aiman sedang mencari dua bentuk cincin untuk majlis pertunangan mereka. Setelah masuk ke kedai milik Encik Hafis yang juga seorang guru besar, mereka berminat dengan dua bentuk cincin yang dijual di kedai tersebut. Harga cincin itulah sebanyak lima ratus ringgit untuk sebentuk. Aiman hanya mempunyai sembilan ratus ringgit. Setelah urusan tawar menawar di buat, harga cincin tersebut tidak ingin dikurangkan oleh cikgu Hafis. Ini menyebabkan permintaan Atira dan Aiman terhadap dua bentuk cincin tersebut tidak dapat di penuhi kerana harga barang itu yang lebih tinggi dari permintaan yang di inginkan oleh mereka berdua. Akhirnya Aiman dan Atira hanya mampu membeli sebentuk cincin sahaja dari dua buah cincin yang ingin dibelinya. Keluk di bawah menunjukkan titik keseimbangan yang diminta oleh Atira dan Aiman akibat dari harga barang itu sendiri' suaranya bergema membaca jawapan yang ditulis oleh pelajar isterinya itu. Nada ketawa cikgu Hartini semakin kuat. Dia memandang isterinya tidak faham.


"Kalau abang nak tahu, Aiman tu pelajar saya. Kelas 5st. Nakal tapi lucu. Atira pun pelajar dalam kelas tu jugak. Mereka berdua sering bergaduh. Aiman suka mengusik Atira, tapi pelajar perempuan tu tak suka senyum. Tengok. Sampai dalam jawapan untuk soalan nih Aiman nak usik Atira"terang isterinya sambil ketawa. Dia tidak mempunyai pengalaman di kelas, tentu sukar baginya untuk memahami perkara yang melucukan isterinya.


"Jawapan nih betul atau salah?" tanyanya ingin tahu.


"Jawapan tu betul kalau soalan yang ditanya itu faktor-faktor yang menentukan perubahan harga barang yang di minta. Tapi soalan nih tanya tentang Pasal Persaingan Sempurna" jawab isterinya yang masih ketawa.


"Awak tak rasa pelajar nih kurang ajar"


"Mungkin bagi abang tindakkan dia telah melanggar batas kesopanan. Tapi bagi saya, dia lucu dan nakal. Ada sesuatu pada Aiman yang menidakkan sifatnya yang sedikit nakal" jawab isterinya yang masih ketawa.

Lama dia merenung Aiman. Pelajar itu tidak menyedari dia di perhatikan. Kemudian encik Nizar memandang isterinya. Cikgu Hartini mengangguk. Persefahaman antara suami isteri itu yang dibentuk oleh ikatan perkhawinan terserlah.


"Cikgu?" suara Aiman kedengaran ingin tahu. Matanya merenung gurunya itu minta di tunaikan. Cikgu Hartini hanya tersenyum. Seronok bila berjaya membuat pelajarnya tertanya-tanya. Dia cuba duduk, Atira dan dua orang lagi pelajar perempuan membantunya. Sebuah bantal diletakkan di belakang cikgu Hartini untuk menyelesakan gurunya itu. kemudian cikgu Hartini kembali memandang pelajarnya tanpa emosi.


"Adoi.. seksanya" Aiman menepuk dahinya sendiri. Macam cina hilang duit seringgit. Cikgu Hartini ketawa.


"Awak semua nak tahu ker?" tanyanya dengan suara yang jelas.


"Nak!" jawab kesemua mereka serentak.


"Atira" panggil cikgu Hartini. Anaknya yang sedang lena itu diberikan kepada Atira. Terkilai-kilai Atira menyambut bayi tersebut. Walaupun dia pernah mendukung anak kecil, namun dia bukannya biasa sangat. Beberapa orang pelajar perempuan mendekatinya termasuk Maria yang asyik menekan kameranya. Gelagat mereka semua mahu diabadikan dia atas gambar sebagai kenangan. Tangan salah seorang dari mereka menarik kain yang membalui tubuh anak kecil itu. Mereka berpandangan serentak menyebabkan pelajar lelaki dalam bilik itu semakin ingin tahu.


"Jeng.. je.. jenggggggg" suara Maria kedengaran, pelajar-pelajar lelaki memendangnya serentak penuh debaran.


"Nak tahu, bagi aku lima ringgit" katanya sambil ketawa. Aiman menepuk dahinya lagi.


"Latif, kau pergi cari kerengga. Aku nak ikat Maria nih dekat tiang. Nanti kita letak kerengga tu. Tak pun kita geletek aja budak nih sampai mati" kata Aiman. Cikgu Hartini dan suaminya ketawa melihat gelagat pelajarnya.


"Woit.. cepat la" Latif meminta.


Maria yang sedang ketawa berbisik ke telingan pelajar-pelajar perempuan. "Satu.. dua.. tiga... perempuannnnnnnnnn" mereka menjerik serentak.


"Hureeeeyyyyyy" sahut semua pelajar lelaki dalam bilik tersebut. Kegembiraan meraka dikongsi bersama. Senyuman cikgu Hartini melebar. Suaminya juga tersenyum gembira.


"Nama cikgu?" pertanyaan dari Azman menyebabkan cikgu Hartini memandang ke arah Aiman.


"Tanya Aiman" kata-kata guru ekonomi itu menyebabkan semua mata memandang ke arah Aiman yang tersenyum senang.


"Apa la korang nih. Nama cikgu tentu la Hartini binti Ahmad Daud" jawab Aiman selamba. Azman berubah wajah seketika.


"Dengan Aiman.. Aiman sekali nak kena letak kerengga nih" luah Azman kemudian setelah dia di permainkan. Namun mereka semua ketawa terhibur.


"Tak ada lagi. Saya nak mintak pendapat awak semua. Cadangkan nama untuk anak saya" pinta cikgu Hartini seketika. Matanya memandang suaminya meminta persetujuan. Kali nih semua pelajar yang datang memandang encik Nizar. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Kegembiraan pelajar-pelajar cikgu Hartini bertambah bila di beri penghargaan.


"Irdina, cikgu!. Maksudnya Kehormatan kami, Nurul Irdina sedap kan!" Cadang Latifah, salah seorang dari pelajar yang hadir pada hari tersebut.


"Fathiah, cikgu! Maksudnya kemenangan" cadang salah seorang dari mereka.


"Ilmuna, cikgu! Maksudnya pengetahuan kami" yang lain pula bersuara.


"Anna Abadi, cikgu!" cadang Masliza yang juga pelajar kelas 5ST. Semua mata memandang ke arahnya.


"Anna Abadi ialah seorang webmaster. Laman dia ramai peminat tau. Aku sendiri pun dah beberapa kali masuk. Cantik dan indah" terang Masliza kepada semua yang memandangnya penuh minat. "cerita tentang kita nih pun ada kat laman dia. Sedang ditulis" sambungnya lagi.


Kemudian berbagai-bagai nama lagi keluar. Semuanya tak ingin kalah. Sambil ketawa mereka berbahas-bahas nama yang akan di letakkan pada anak perempuan cikgu ekonomi mereka itu. Cikgu Hartini ketawa melihat gelagat mereka semua.


"okey.. okey.. macam nih" suara Latif menangguhkan perdebatan antara mereka. "Kita senaraikan nama yang kita nak. Kemudian kita cari satu nama yang benar-benar sesuai" sambung Latif lagi. Sebagai ketua kelas 5st, dia bertanggungjawab menjadi ketua mereka semua.


No comments:

Post a Comment