Monday, February 8, 2010

Atira - 13

Cikgu Razak yang berada di tepi tingkap kelas 5st tersenyum. Cabaran yang tidak di tulis itu terpahat dalam hatinya. Suara Aiman penuh kesungguhan itu terkandung azam yang membara. Dia tahu apa yang perlu dia buat. Langkah kakinya pantas ke bilik guru, cikgu Omar perlu di beritahu agar cikgu disiplin itu tidak salah sangka. Jangan sampai cikgu Lokman dulu yang mengadu. Sambil tersenyum dia terbayang-bayang wajah cikgu Omar yang berseri. Cikgu! mungkin kita tidak silap menilai Aiman. Mungkinkah potensi pelajar itu sengaja di selindungkan. Kata hatinya sendiri sambil tersenyum. Langkahnya terus maju semakin jauh, terlupa pelajar-pelajar kelas Lima Sains yang menunggu.


"Aiman!" pelajar itu menoleh. Wajah cikgu Omar menjengah dari balik bangunan tingkatan enam yang berada di tepi padang sekolah. Melihat cikgu disiplin itu datang Aiman yang duduk di lantai simen dan bersandar di hujung

bangunan tingkatan enam itu lekas-lekas bangun. Renungannya yang memandang tengah padang sekolah teralih.


"Kamu memonteng kelas ya Aiman!" tanya cikgu Omar tegas. Rotan yang di bawanya di perlihatkan dari belakang badan.


"Alamak.. kantoi. Dengan cikgu disiplin pula tu" sahut Aiman. Suaranya kedengaran meriah seakan gembira. Kesedihannya terkambus dengan keceriannya kembali.


Aiman berdiri. Hormatnya pada cikgu disiplin sekolah itu tidak pernah kurang. Dia tidak pernah marah jika cikgu Omar menghukumnya. Tindakkan dari cikgu Omar memang dinantikan. Itulah kemahuannya sejak dulu. Dia sengaja menjadi pelajar yang melanggar disiplin sekolah.


Cikgu Omar mengalihkan pandangan matanya dari Aiman ke tengah padang. Mencari-cari kata-kata yang sesuai untuk lebih mengenali pelajarnya. Sebelum dia mencari Aiman, dia telah berjumpa dengan encik Hafis, guru besar di sekolah tersebut. Cikgu Razak juga ada bersama. Perbincangan antara mereka bertiga ada kaitan dengan Aiman. Cikgu Razak telah menceritakan apa yang terjadi. Encik Hafis bersandar di kerusinya. Tidak menyangka peristiwa itu berlaku. Aiman memang bersalah. Rekod Aiman yang buruk telah telah membuktikan tahap disiplin pelajar itu yang teruk. Pendapat dan pandangan cikgu Omar serta cikgu Razak di ambil kira. Keputusan yang di buat adalah untuk keadilan semua pihak.


"Awak ingat cikgu Hartini tak?" tanya cikgu Omar. Wajah Aiman tertoleh ke arahnya penuh minat.


"Mesti la ingat cikgu. Itu guru kesayangan saya" sahut Aiman.


"Maknanya saya nih, bukan cikgu kesayangan awak ya!"


"Cikgu Omar adalah cikgu kerinduan saya. Kalau tak, tak kan la saya nak jumpa cikgu tiap-tiap masa" kata-kata Aiman menyebabkan mereka berdua ketawa.


"Aiman" panggil cikgu Omar setelah ketawanya mereda. Pelajar itu menoleh memandangnya.


"Cikgu Hartini tentu tidak suka awak tidak masuk ke kelas. Cikgu Hartini kan cikgu ekonomi awak. Tentu dia nak awak belajar ekonomi walaupun masa dia tak ada" ujar cikgu Omar bila dia berjaya menarik perhatian pelajar itu.


"Erm.."


"Kenapa Aiman?" tanya cikgu Omar apabila melihat pelajar itu hanya menundukkan wajah. Memandang lantai simen tanpa tujuan.


Tak ada apa-apa cikgu. Saya akan belajar. Cuma hari nih saya rasa tak sedap badan. Malas pula saya nak pergi klinik" jawab Aiman.


Cikgu Omar tersenyum. Dugaannya memang tepat. Pelajarnya itu tak akan menceritakan apa yang di alaminya. Tidak juga akan memburukkan orang lain. Ya! Dugaan kita tepat cikgu. Suara hatinya bergema. Gembira bila apa yang ingin di ketahuinya secara tidak langsung itu terjawab. Aiman telah menjawab pertanyaannya dengan kesunyian. Cikgu Omar diam. Pelajar itu hanya memandang wajah gurunya seketika. Hormatnya pada cikgu Omar memenuhi jiwa.


"Oh ya Aiman!" kata cikgu Omar setelah lama diam. Aiman kembali memandang ke arahnya.


"Encik Nizar, suami cikgu Hartini telefon pihak sekolah pagi tadi. Cikgu Hartini dah selamat melahirkan anaknya semalam. kedua-duanya selamat. Ada kat hospital sekarang" kata cikgu Omar. Wajah Aiman berubah tambah ceria. Raut wajahnya penuh minat memandang cikgu Omar.


"Lelaki ker perempuan cikgu?" tanya Aiman cepat-cepat ingin tahu.


"Cikgu Hartini pesan, jangan bagitahu awak" kata cikgu Omar sambil ketawa. Wajah Aiman berubah keliru.


"Dia pesan sebelum bercuti lagi. Amanah dia saya kena jaga Aiman" jelas cikgu Omar seakan faham kekeliruan pelajar di depannya.


"Saya nak pergi tengok lah cikgu" kata Aiman cepat-cepat ingin berlalu.


"Aiman!" langkah pelajar itu tertangguh.


"Balik sekolah nanti kan, awak boleh tengok. Kelas Pendidikkan Islam dah nak bermula. Masuk kelas dulu. Nanti awak tak dapat nasihat yang baik dari cikgu Nasir. Tak ada alasan awak nanti kalau awak lewat lagi" kata cikgu Omar sebelum ingin melangkah meninggalkan pelajar itu dengan senyuman. Aiman tertunduk malu. Senyuman cikgu Omar yang melebar terbayang-bayang di ruangan matanya.


"Oh ya Aiman. Satu lagi" kata cikgu Omar yang telah berada beberapa langkah dari Aiman. Pandangan wajah Aiman kembali menatap dirinya.


"Kalau awak tak ada mana-mana tempat nak pergi waktu ekonomi nanti. Awak datanglah ke bilik saya. Saya akan menyediakan sebuah meja dan kerusi untuk awak belajar" katanya sebelum berlalu.


Aiman tersentak. Kata-kata cikgu Omar yang mendedahkan sesuatu itu melekat di hatinya. Pelajar itu kemudian menundukkan wajah untuk seketika. Matanya kembali ke padang sekolah sambil tersenyum. Hatinya penuh dangan rasa hormat untuk guru disiplin sekolah itu, semangat di hatinya terus menggunung. Aiman berazam pada sedetik waktu yang begitu mendebarkan.


"Mana Maria nih?" tanya Latif sambil melihat jam di tangganya. Dah nak pukul 2 tengahari.


"Makan dulu kot" sahut Azman di tepinya.


Di bawah pohon ru yang merendang berhampiran sekolah, lima orang pelajar lelaki dan sembilan orang pelajar perempuan sedang berkumpul. Majoriti dari mereka adalah pelajar kelas 5st, hanya dua orang pelajar kelas Lima Sastera. Lepas sekolah, mereka bercadang ingin melawat cikgu Hartini. Guru ekonomi yang mengajar mereka. Berita gembira itu dikongsi oleh mereka bersama.


"Hiss.. aku dah tak sabar nak tahu lelaki ker perempuan nih" Aiman bersuara. Nik Man di sebelahnya tersenyum.


"Sabar Aiman, sabar" katanya kepada Aiman sambil tangannya menepuk-nepuk belakang Aiman. Apa yang terjadi di dalam kelas tadi sengaja tidak di utarakan. Apa yang pahit itu di biarkan saja berlalu oleh mereka semua. Dari jauh mereka melihat Maria berlari-lari ke arah mereka. langkah kaki yang semakin mendekat itu di sambut dengan senyuman.


"Lamanya!" tanya Siti Mariam, salah seorang dari dua pelajar dari kelas Lima Sastera.


"Tah.. ambik kamera ker buat kamera" sahut rakannya.


"Sorry geng.. aku pergi beli bateri kejap. Lama tak guna, tak tahu bateri habis" jawab Maria termengah-mengah. Tangannya menekan perut, penat.


"Dah ganti belum?" tanya Aiman.


"Belum lagi. Nih, aku baru beli" jawab Maria sambil menujukkan bateri di dalam tangannya yang masih berbungkus.

Aiman mengambil kamera tersebut. Tindaknya menyebabkan semua mata memandang ke arahnya. Tangannya lincah menekan tempat untuk membuka tempat batri. Wajahnya tiba-tiba berubah menyebabkan mereka semua akan terkejut.


"Kenapa Aiman?" tanya Latif.


"Bateri tak abih pun" jawab Aiman.


"Weh.. aku dah try kat rumah tadi, tak ada flash. Memang bateri abih" kata Maria bersungguh-sungguh.


"Nih! tak luak pun bateri nih!" kata Aiman sambil menunjukkan dua bateri yang diambil dari dalam kamera. Semua mata tertumpu di tangannya kemudian mereka semua ketawa. Maria terbuntang matanya marah, dia terasa di permainkan.


"Memang la tak luak mangkok. Yang habisnya kuasa bateri tu. Hiss.. payah aku nak terangkan pada orang gila nih" kata Maria sambil merampas kembali kameranya. Lawak bodoh yang spontan dari Aiman itu memanaskan hatinya

seketika, namun kemudian dia sendiri turut ketawa. Lucu dengan kata-kata Aiman yang mengenakan dirinya.


"Dah tak ada lagi kan. Jomlah kita pergi" cadang Latif kemudian setelah Maria mengambil sekeping gambar untuk memastikan kameranya berfungsi. Mereka semua mengangguk.



No comments:

Post a Comment