Monday, February 8, 2010

Atira - 10

Di luar rumah, fajar mula meninggi di ufuk timur, camar mula galak berterbangan di langit bumi, dan laut semakin menghijau memantulkan sinar kuning mentari. Bayu yang datang dari jauh, menolak angin ke jendela rumah yang terbuka, haruman laut itu membelai-belai tubuh seorang anak yang sedang menyuap nasi ke mulut ibunya. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya terbayang-bayang dalam renungan mata. Kasih sayang yang abadi, terkandung dalam aliran darah yang sama antara mereka berdua.


Hari Ahad itu Aiman lewat lagi. Pelajar itu senyum-senyum sendiri. Dia melangkah perlahan keluar dari bilik disiplin sekolah. Cikgu Omar menghantarnya hingga hilang dari pandangan. Pulang sekolah nanti dia di minta membantu guru menyiapkan dewan sekolah untuk program motivasi pelajar tingkatan tiga. Beberapa orang guru yang memandangnya mengeleng-geleng kepala. Namun Aiman hanya tersenyum.


Dia masuk ke kelasnya. Mata pelajaran Bahasa Melayu sedang diajar oleh cikgu Razak. Gurunya itu sedia arif tentang Aiman yang hadir lewat. Pengajarannya tertangguh seketika.


"Kenapa lewat Aiman?" tanyanya ingin tahu.


"Tadi ada mak cik tu angkat barang berat. Saya tolong hantarkan ke rumah. Cikgu Nasir kata kita perlu bantu membantu" jawapan Aiman menyebabkan rakan-rakan sekelasnya itu ketawa. Cikgu Razak tahu Aiman berbohong. Namun kata-kata Aiman yang biasa itu melucukan. Dia telah menjadi guru Aiman sejak tingkatan empat. Kelakuan pelajarnya itu telah lali baginya. Sememangnya alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman terkandung kelucuan.

"Saya dah datang awal tadi cikgu, lewat seminit aja. Tapi cikgu Omar tu panggil saya. Hairan sebab saya datang awal. Lama jugak saya kat bilik dia. Tu sebabnya lewat jugak saya masuk kelas."


Macam-macam lagi alasan yang di berikan oleh Aiman. Semua pelajar dalam kelas tersebut akan ketawa. Suasana kelas akan berubah meriah. Seakan kedatangan Aiman telah mengubah suasana kelas yang menyepi. Dia sendiri turut ketawa kadangkala. Tidak mampu menyembunyikan ketawanya di dalam hati. Raut wajahnya yang di buat tegas telah menjadikan alasan bagi Aiman.


"Saya nak masuk tadi lagi cikgu. Tapi saya tengok cikgu macam marah aja. Tu yang saya tak berani. Tapi terserempak pula ngan cikgu Omar sedang bawa rotan. Dari kena marah ngan dia, baik kena marah ngam cikgu. Cikgu marah ker" tak jadi! wajahnya yang tegas berubah mendadak. Lucu dengan kata-kata Aiman. Dia ketawa terbahak-bahak. Pelajarnya itu hanya tersenyum bila melihat dia ketawa.


Hari tu dia hanya mengangguk bila Aiman menyatakan alasan kenapa dia terlewat. Pelajaran tentang penggunaan perkataan yang 'berulang' kembali tersambung setelah tertangguh bila pelajarnya itu masuk. Setengah jam berlalu, cikgu Razak meminta salah seorang dari pelajar kelas tersebut mencipta ayat dengan menggunakan perkataan 'mati-mati'


"Ali mati-mati mengatakan dia melihat hantu di atas pohon ketapang" jawapan yang di berikan oleh Noraini dengan menggunakan perkataan 'mati-mati' memang tepat. Dia tersenyum sambil mengangguk kerana pelajar itu faham akan fungsi penggunaan perkataan. Di belakang kelas, Aiman mengangkat tangan.


"Ha Aiman! kenapa?" tanyanya.


"Kalau saya gunakan imbuhan untuk perkataan mati-mati bagi ayat saya boleh cikgu?" tanya pelajar itu setelah berdiri.


"Contoh ayat awak Aiman" tanyanya mendatar. Dia telah sedia arif tentang pelajarnya itu. Jawapan Aiman selalunya lain dari yang lain. Selalunya pelajar akan memberikan jawapan yang tidak berkaitan dengan keadaan kelas atau dirinya sendiri. Tapi jawapan yang di berikan oleh Aiman menyebabkan suasana kelas meriah dengan gelak ketawa. Namun, pertanyaan dari Aiman memang ada kaitan dan menarik. Pertanyaan pelajar itu akan menyebabkan pelajar lain lebih faham. Fikirnya sendiri.


"Katakan ayat saya macam nih" suara Aiman kedengaran kuat. "Aiman bermati-matian cuba memikat Atira namun Atira hanya merenungnya garang seperti marah macam sekarang" suara pelajar lain ketawa memenuhi kelas. Suara Azman yang paling kuat berdekah-dekAhada yang menepuk-nepuk meja menahan tawa dan ada pula yang menekan perut sambil menghentak kaki menahan kelucuan. Dia sendiri turut ketawa. Tidak menyangka contoh ayat yang di gunakan oleh Aiman. Atira merenung Aiman garang. Namun pelajar itu hanya tersenyum.


"Ayat awak tu separuh betul Aiman. Cuma di akhir ayat awak tu sedikit salah. Imbuhan pada perkataan mati-mati tu dah betul. Cuma di akhir ayat awat tu awak menyebut seperti marah macam sekarang. Pengulangan perkataan seperti dan macam tu ada masanya boleh tapi kurang sedap didengar. Apa kata awak ubah ayat awak begini" kata cikgu Razak sambil berpaling ke arah papan hitam kelas.


'Aiman bermati-matian cuba memikat Atira namun Atira hanya merenungnya garang, marah seperti sekarang'

Gelak ketawa semakin kuat kedengaran. Tulisan dari cikgu Razak yang mengikut jawapan Aiman di papan hitam menambahkan keceriaan. Atira semakin tunduk malu. Aiman hanya tersenyum. Suasana meriah memenuhi ruangan kelas.


"Baiklah, sekarang awak semua tahu, kita boleh gunakan imbuhan pada perkataan yang berulang macam perkataan mati-mati. Aiman telah memberikan contoh yang agak tepat. Saya rasa, saya perlu dalamkan lagi tentang imbuhan pada perkataan ulangan untuk penggunaan. Mungkin dalam peperiksaan SPM nanti, perkataan ini akan awak gunakan" kata cikgu Razak. Semua tumpuan kelas ke wajahnya. Contoh ayat di berikan oleh Aiman yang di tulis di papan hitam telah menarik perhatian pelajar-pelajar lain. Sebagai seorang guru, itulah yang diingininya. Aiman telah membantu corak pengajarannya.


Cikgu Razak melihat jam di tangan. Lagi lima belas minit masa untuk mengajar di kelas 5ST. Matanya memandang pelajar-pelajar di depannya. Ada yang sedang melihat ke luar kelas, ada yang sedang menguap. Dia tahu bukan senang untuk memberikan tumpuan pada pelajaran dalam tempoh masa yang panjang. Kemudian matanya memandang Aiman. Pelajar itu dilihat menulis sesuatu.


"Aiman" panggilnya. Pelajarnya itu bangun sebagai hormat. Semua mata pelajar dalam kelas itu tertumpu kepada Aiman.


"Bagaimana. Bolehkah awak faham?"


"Insyaallah.. boleh cikgu"


"Kalau awak faham. Cuba awak buat ayat dengan menggunakan perkataan 'lenguh-lenguh'."


"Nak kena ada imbuhan atau tak cikgu" tanya Aiman menangguhkan masa sambil mindanya ligat mencari ayat-ayat yang dirasakan tepat. Matanya memandang Atira di sebelahnya seakan gadis itu menjadi sumber ilham.


"Terserah kepada awak"


"Kalau ayat saya macam nih betul tak cikgu" suara Aiman bergema "Cikgu Omar telah mengadu kepada cikgu Razak tentang belakangnya yang sengal dan lenguh-lenguh setelah mencangkul batas untuk tanaman kacang"


Semua pelajar dalam kelas tersebut tercengang-cengang kerana suara cikgu Razak ketawa terbahak-bahak. Pelajar kelas 5st terpinga-pingan melihat guru Bahasa Melayu itu menekan-nekan perutnya sendiri menahan ketawa. Ketawa cikgu Razak semakin kuat bila dia teringat tentang permintaan cikgu Omar untuk menyapukan minyak angin pada bahagian belakangnya yang lenguh kerana membantu Aiman. Dia tidak menyangka Aiman akan menggunakan contoh yang kebetulan dengan kejadian beberapa minggu lepas. Cikgu Razak cuba menulis ayat yang di buat oleh Aiman di papan hitam, namun bahu guru itu kembali bergegar, suara ketawanya kembali kedengaran. Beberapa ketika kemudian dia keluar dari kelas 5st sambil ketawa. Latif dan Nik Man memandang ke belakang, ke arah Aiman.


"Rilex aaaa.. bagi peluang dia ketawa. Hari nih kan, hari ketawa dia. Tu sebabnya urat ketawa dia tertanggal" kata Aiman kemudian mereka sama-sama ketawa.


Beberapa orang guru dalam bilik guru yang sedang mendengar cerita daripada cikgu Razak ketawa mengekek-ngekek. Cikgu Omar yang juga salah seorang dari mereka geleng-geleng kepala sambil ketawa.


"I tak boleh nak tahan. Tak boleh nak tulis ayat dia kat atas papan hitam. I teringat wajah U yang berkeriut menahan sengal hari tu. I tak boleh duduk lama. Terus I keluar, tak tahan nak ketawa." kata cikgu Razak dengan mata yang berair kerana kuat ketawa. Guru-guru yang mendengar kata-kata cikgu Razak itu semakin ketawa.


"I ingat, I nak gunakan contoh ayat yang bakal dia buat tu untuk menarik perhatian pelajar lain kepada apa yang I nak ajar, tapi I yang tak boleh mengajar" kata cikgu Razak setelah ketawanya sedikit reda. Kemudian dia ketawa lagi. Terngiang-ngiang contoh ayat yang di buat oleh Aiman di telinganya.


"Aiman memang macam tu. Waktu kelas saya hari tu pun, dia buat contoh dengan menggunakan nama cikgu Besar" salah seorang dari guru itu berkata bila ketawa mereka sedikit berkurangan. Kemudian gelak ketawa guru-guru itu kedengaran bersambung-sambung.


No comments:

Post a Comment