Tuesday, August 30, 2011

Queen Control 9

BUNYI vakum yang dipasang oleh Tiryaq itu membingitkan telinga Putri Tasnim. Hilang tumpuan dia pada kerja yang masih tertangguh. Putri Tasnim meletakkan pen di atas meja. Dia melangkah keluar dari bilik tidurnya itu. Rajin sungguh suami bukan pilihannya itu. Apa jua kerja di dalam rumah, lelaki itu dengan senang hati melakukannya. Dari mengemas, memasak hinggalah mencuci pakaian. Dia tidak perlu membayar orang gaji. Lelaki itu memang serba guna. Agaknya ada ambil kursus orang gaji.

Selamba Tiryaq menanggalkan baju di depan mata Putri Tasnim. Jelas sekali ketulan otot-otot yang terhasil dari latihan di gym sebelum ini. Sungguh seksi! Putri Tasnim menelan air liur. Lelaki ini cuba menggoda dia ke? Dia segera memenjamkan matanya. Ingat perempuan saja yang menggoda lelaki ke? Lelaki pun ada yang menggoda perempuan. Kalau tidak masakan ada ‘anak jagaan’ mak datin. Tiryaq tersengih melihat reaksi Putri Tasnim. Malulah tu konon. Tidak berdosa pun menggoda isteri sendiri. Dia memang sengaja berbuat sedemikian. Biarkan Putri Tasnim menyimbah air sejuk pada tubuh sebab kepanasan tengok suami dia yang seksi ini.

“You buang tabiat ke? You mahu my neighbour serang I. Malam-malam buta begini you memekak dengan vacuum.” Putri Tasnim sudah bercekak pinggang. Tiryaq mahu mencemarkan nama baik dia di sini ke? Tiryaq memang lelaki pembawa masalah!

Tiryaq pandang Putri Tasnim. Kalau hari-hari Putri Tasnim naik angin pasti wajah ayu itu cepat berkedut. Dia pun memang suka menaikkan suhu panas wanita itu.

“Habuk banyak sangatlah sayang...”

“Don’t call me sayang! I tak pernah terima you sebagai suami I. Understand!” Putri Tasnim melenting. Timbul urat-urat dawai di dahi licin Putri Tasnim. Jangan harap aku akan biarkan hubungan ini berterusan. Aku masih belum bersedia melayari bahtera rumahtangga.

“Kalau begitu saya panggil awak mem besar. Boleh ke?” Tiryaq tetap melirikkan senyuman nakal di bibir basahnya.

“Ikut suka you.” Putri Tasnim sudah bersandar pada sofa mahalnya. “Buatkan I jus oren.” Pintanya.

“Okay mem besar.” Tiryaq siap buat tabik hormat.

Gila! Entah-entah mamat ini terlepas dari rumah orang sakit jiwa. Dia kena buat sportcheck dengan lelaki ini. Manalah tahu kalau betul seperti yang dia fikirkan. Masak dia nanti. Putri Tasnim Binti Johari berkahwin dengan orang sakit mental yang terlepas dari kandang Hospital Bahagia. Tidak ke naya namanya.

Tiryaq hiding jus oren kesukaan Putri Tasnim di atas meja. Baru jemari mahu menyentuh gelas tersebut, Putri Tasnim menarik kembali tangannya. Dia mengusap dagu. Ada keraguan di hati Putri Tasnim. Jus ini tiada apa-apakah? Dia takut kalau-kalau Tiryaq bubuh sesuatu dalam minuman tersebut.

Gelagat Putri Tasnim menjadi perhatian mata tajam Tiryaq. Ingat dia bubuh racun dalam minuman itu ke? Selamba Tiryaq mengambil gelas jus oren terbabit. Dia tenguk hingga licin. Tidak berkelip mata Putri Tasnim. Gelas kosong itu Tiryaq letakkan semula di atas meja.

“I’m still alive.” Ujarnya lembut.

“I know!” Balas Putri Tasnim. Dalam hati dia menarik nafas lega. Manalah tahu kalau lelaki ini berniat jahat mahu merosakkan dia. Dia tidak akan menyerah kepada Tiryaq. “Boleh tak you pakai baju yang menutup tubuh you sikit.” Sambungnya lagi.

Tiryaq ketawa kecil. Dia suka melihat wajah merah padam Putri Tasnim. Tapi Putri Tasnim seorang yang keras hati. Itu yang dia boleh lihat pada wanita yang sudah menjadi surinya ini. Putri Tasnim tidak sejelita model atau pelakon wanita yang terpamer di dalam televisyen itu. Putri Tasnim punya raut wajah yang sedang-sedang cantik kata orang. Suaranya yang serak-serak basah itu yang memukau hati Tiryaq. Ala suara Rani Mukherjee.

Pantang betullah kalau lelaki menilik dia. Dia tak suka. Putri Tasnim menghadang mata tajam Tiryaq dengan telapak tangannya. Satu spesies saja yang suka pandang perempuan begini. Lelaki buaya! Pulak! Tadi dia membuat tafsiran Tiryaq lelaki sakit mental. Kini lain pula dalam pemikiran Putri Tasnim. Mana satu yang betul ni?

“Malam ini saya tidur di mana? Saya tidur di bilik awaklah.” Sengihan di bibir Tiryaq buat Putri Tasnim tidak selesa.

“What? You gunakan bilik yang berdekatan pintu itu. Bilik itu kosong.” Putri Tasnim muncungkan mulut ke arah bilik berkenaan.

Tiryaq gelengkan kepala.

“Arahan yang ini saya tidak akan patuhi. Dont’ worry saya tidak akan sentuh awak. Saya hanya tidur di sebelah awak.” Kata-kata yang serupa. Putri Tasnim mengetap bibir.

“I dont’ trust you!”

“Tapi...rasanya awak yang tidak boleh dipercayai. Awak sudah lupa yang awak pernah peluk saya.”

Bertambah-tambah merah muka Putri Tasnim.

“Okay! Fine!” Dia memberikan kata putus. Dia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik itu dihempas dengan kuat.

Tiryaq menjongketkan bahu. Putri Tasnim sedang dilanda ribut.

MASAM mencuka muka Putri Tasnim ketika melangkah masuk ke Elite. Hatinya yang panas kian bertambah panas. Dia tidak melupakan peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu. Dia memeluk lelaki itu lagi. Tidak! Mana mungkin aku yang memeluk dia. Dia yang mengambil kesempatan pada aku. Jika keadaan begini berterusan aku yang akan mendapat sakit otak bukannya dia!

“Tas...” Ada suara yang menegurnya. Putri Tasnim mengangkatkan kepala.

Tihran! Dia hanya sekadar tersenyum pahit. Anginnya tidak baik.

“Sorry...I lupa ingin menghubungi you. Kita berbual di bilik I.”

“It’s okay.” Tihran menuruti langkah Putri Tasnim. Ada yang tidak kena dengan Putri Tasnim. Wajahnya agak tegang pagi ini. Masalah masih belum selesaikah?

Dia ke Elite kerana merindu Putri Tasnim. Kalau boleh dia mahu wajah wanita itu sentiasa berada di depan matanya. Dia masih tidak berani untuk menyuarakan perasaan di hati. Dia yakin Putri Tasnim masih belum melupai arwah Tazriq. Hati Putri Tasnim terluka saat Tazriq mengecapi bahagia dengan wanita lain. Namun dia menyembunyikan kecewaan itu. Wanita yang keras hati seperti Putri Tasnim tidak mungkin akan menunjukkan perasaannya.

Putri Tasnim mengalirkan tidak menitiskan air mata ketika kehilangan m. amanya dan juga Tazriq. Wanita itu menahan perasaan sedih di hati. Dia mahu berkongsi suka dan duka bersama Putri Tasnim. Dia mahu menyelami kekerasan hati Putri Tasnim. Dia mahu memberikan kasih dan sayangnya kepada Putri Tasnim.

“Tas...you okay?” Soal Tihran

“I’m okay. Kenapa you mencari I?”

“I just miss you, Tas. Bagaimana dengan percutian you?”

“Hmmm...okay saja.” Balas Putri Tasnim malas-malas. Dia tidak akan bercerita apa yang telah berlaku di sana. Dia sudah berkahwin. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali.

“Tas...if you ada masalah you berkongsi dengan I. I juga seorang ambil berat akan perihal you selain arwah Tazriq.”

Mengapa orang yang sudah tiada itu perlu dikenangkan. Dia yang ada di depan mata ini langsung tidak dipedulikan.

“Stop it! Jangan sampai I tidak mahu melihat wajah you, Tihran.” Putri Tasnim melenting. Kenapa mereka asyik mahu mengingatkan dia dengan kenangan lama itu. Tihran jua begitu.

“Tas...I’m sorry...” Tihran menundukkan kepala. Rasa bersalah menyelubunginya. Dia tidak seharusnya mencemburui orang yang telah tiada.

“I rasa lebih you balik Tihran. Kita berbual lain masa sahaja.” Putri Tasnim menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu.

“Tas...”

“Get out!” Arah Putri Tasnim.

Tihran menghela nafas kecil. Dia bingkas lalu melangkah keluar dari bilik pejabat tersebut.

“Esok mood tuan puteri itu akan okay. Jangan lupa bawa bunga sebagai tanda minta maaf.” Tegur Cherly. Dia tahu Tihran sukakan Putri Tasnim. Putri Tasnim yang buat tidak nampak. Wanita yang cerewet!

“Thanks Cherly.” Tihran tersenyum. Semestinya esok dia akan datang semula ke Elite.

“TUAN pengarah sedang mengemas rumah?” Berkerut-kerut dahi Apple. Itu yang dengar dari mulut Tuan Pengarahnya sebentar tadi. Tuan Pengarah mengikut telunjuk wanita yang baru beberapa hari menjadi isterinya itu. Tuan Pengarah sudah gila agaknya. Dia lelaki yang punya kedudukan yang tinggi. Bukan sebarangan lelaki. Mengapa perlu hidup seperti orang kebanyakkan dan menjadi orang gaji di rumah wanita itu.

Apple memandang ke arah Bonda Arfah yang sedang menghadap komputernya. Wanita itu agak murung kebelakangan ini. Bonda Arfah sentiasa menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat. Wanita itu sedang menyembunyi kegusaran di hatinya. Tuan Pengarah satu-satunya anak yang Bonda Arfah ada. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tiryaq adalah segala-gala pada Bonda Arfah. Adakalanya Apple rasa serba salah dengan wanita itu. Pelbagai masalah yang ditanggung oleh wanita itu sendirian. Kaum kerabat tengku Irsyad tidak pernah menyenangi kehadirannya. Bagi mereka, Bonda Arfah dan Tiryaq bagaikan duri dalam daging.

“Puan masih bimbangkn Tuan Pengarah?” Apple meletakkan secawan kopi atas meja Bonda Arfah.

“He’s only my son. I besarkan dia tanpa seorang suami di sisi.” Luah Bonda Arfah.

“Puan....” Apple mengetap bibir. Kalau tidak memikirkan dia sudah berjanji akan menyimpan rahsia mahu saya bongkarkan di mana Tuan Pengarah yang menyusahkan itu berada.

“Apple...hati I sentiasa tidak tenteram. You tahu yang Tiryaq ramai musuh di sekelilingnya. I takut jika sesuatu berlaku pada Tiryaq. Dia satu-satunya harta yang I ada.” Bonda Arfah meramas-ramas jemarinya. Dia tidak senang duduk apabila mendengar Tengku Tyea kembali semula ke TIR Holding’s.

“Tiada sesiapa yang berani mengapa-apakan Tuan Pengarah. Puan sudah lupa siapa anak puan itu.” Apple memaut lembut bahu Bonda Arfah.

Bonda Arfah tersenyum pahit. Sebelum tiada sesiapa yang berani mengapa-apakan Tiryaq kerana ada orang mengawal di sisi anaknya itu. Tapi kini Tiryaq keseorangan.

Apple berlalu dari bilik Bonda Arfah. Dia menuju ke bilik tamu. Dia berdiri satu sudut menghadap ke arah cermin. Apple menekan-nekan nombor pada telefon bimbit. Telefon bimbit itu dilekapkan pada telinganya.

“Semuanya berjalan dengan lancar.” Ujar Apple perlahan.

“Bagus! Ingat Apple! Rancangan kita tidak boleh gagal.” Balas suara garau di atalian itu.

Apple anggukkan kepalanya.

“Ya! Saya faham.” Talian dimatikan. Senyuman sinis terukir di hujung bibir Apple. Siapa agaknya lelaki yang bercakap dengan dia itu? Yang pasti lelaki itu bukan Tiryaq!

Friday, August 26, 2011

Queen Control 8

“I’M such an idiot!” Putri Tasnim memandang wajahnya pada gelas minuman itu. Dia pulang sendirian ke kota tanpa ditemani oleh lelaki pembawa malang itu. Kalau boleh dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu lagi. Tapi apakan daya ada iktan antara mereka. Bukan lelaki seperti Tiryaq yang impikan untuk menjadi teman hidupnya.

Fikiran Putri Tasnim benar-benar serabut. Satu-persatu masalah melanda dalam hidupnya. Kalau ada Tazriq bersama pasti dia tidak berduka lara begini. Tazriq...kenapa you tinggalkan I sendirian.

“Miss Tas...you okay ke?” Tegur Cherly. Sejak balik dari Port Dickson, bossnya itu semakin muram. Macam ada yang tidak kena.

“I’m fine. Cherly infrom pada semua staf Elite yang kita adakan mesyuarat tergempak pukul sepuluh pagi ini.”

“Baik Miss Tas.” Cherly berlalu meninggalkan Putri Tasnim sendirian di pantry.

Putri Tasnim menghirup air suamnya. Dia jarang minum minuman yang manis-manis. Kesihatan perlu diutamakan. Dia pun sudah lama tidak melangkah ke gym. Otot-ototnya sudah mula ada longgarnya. Skru perlu diperketatkan.

“Bagaimana ni? Dua hari lagi masa yang kita ada! Lepas itu leher kita...” Jamie siap buat lawak tidak kelakar depan Cherly.

“Don’t worry. Miss Tas ada beriitahu yang dia sudah siapkan proposal iklan terbaharu kita dengan Mr. Don itu.”

“Wow! Begitu pantas. Betul ke?” Janet bersuara. Dia seakan tidak yakin yang Putri Tasnim dapat menyiapkan proposal iklan untuk Elite dalam masa yang begitu singkat.

“You tidak yakin dengan Miss Tas. Come on Janet. You pun tahu Miss Tas sehebat Tazriq. Tanpa Miss Tas...Elite akan lumpuh sebelah tangan.”

Janet mengetap bibir. Kalau benar seperti yang dikatakan oleh Cherly masak dia. Dia kena laporkan segera kepada Tengku Tyea. Apa tindakan yang seterusnya perlu dia ambil untuk memusnahkan karier Putri Tasnim dan Elite! Janet berlalu tanpa mempedulikan teman-teman yang sibuk berbual mengenai proposal iklan terbaharu rekaan Putri Tasnim nanti.

Dia menyorok di balik pantry tanpa menyedari yang Putri Tasnim turut berada di situ. Janet tanpa ragu menghubungi Tengku Tyea.

“Helo! Tyea I ni.”

“Janet. Macam mana keadaan di sana?”

“Problem Tyea! Big problem!. Tas telah dapat siapkan proposal iklan tersebut.”

“What! Pastikan you dapatkan proposal itu sebelum ianya dibentangkan kepada Mr. Don. I mahu Elite gagal kali ini.” Tengku Tyea mengetap bibir. Celaka! Dia tidak akan biarkan perempuan tidak tahu malu itu mendapatkan kontrak tersebut. Dia mahu perempuan itu gagal!

Tengku Tyea mematikan telefon bimbitnya. Dia memalitkan senyuman sebaik sahaja melihat wajah adiknya Tengku Mirza. Tidak mudah untuk mendapatkan kerusinya semula di dalam TIR Holding’s tanpa bantuan dari Tengku Mirza. Puas dia merayu dan berlakon di hadapannya adiknya. Kononnya sudah insaf. Dia kembali ke TIR Holding’s kerana mahu membalas dendam pada Tiryaq. Lelaki itu pernah memalukan dia di khalyak ramai. Lelaki itu jua yang menyebabkan dia kehilangan orang yang paling dia cintai.

Tengku Tyea bangun dari kerusi lalu merapati Tengku Mirza. Satu kucupan singgah pada pipi adik lelakinya itu. Dia akan mempergunakan Tengku Mirza untuk menjaya rancangannya. Ketiadaan Tiryaq memberikan peluang kepada Tengku Tyea mempengaruhi Tengku Mirza. Dia ada mengupah orang untuk mencari Tiryaq. Jika perlu Tiryaq dihapuskan tanpa sebarang kesan bukti. Selepas Tiryaq maka giliran Bonda Arfah pula. Hahahaha! Tengku Tyea ketawa di dalam hati.

“Kakak...saya serba salah. Kalau abang Tiryaq tahu mahu dia cantas kepala saya.”

“Mir...kakak sudah berubah. Kakak pun tak mahu lihat syarikat ayahanda kita lingkup. Kakak akan mohon maaf pada abang Tiryaq bila dia balik nanti.” Tengku Tyea memang pandai bermuka-muka.

“Pastikan kakak betul sudah sedar kesilapan kakak. Mir sayangkan kakak. Mir sayangkan bonda tapi Mir tidak suka sebarang komplot dari kakak dan bonda.” Tengku Mirza memakukan mata pada Tengku Tyea.

“I’m promise demi adik kakak yang baik hati ini.” Sekali dia mengucup pipi Tengku Mirza. Tengku Mirza menarik nafas lega. Apa yang menghairankan dia, Apple tidak membantah dengan keputusannya untuk mengembalikan semula kerusi Tengku Tyea dalam lembaga pengarah.

Dia yang perlu membuat keputusan sendiri. Itu kata Apple. Apple akan menurut sahaja arahan yang dia keluarkan.

“Kakak...Mir mahu ajak lunch bersama Mir. Lagipun Mir ada sesuatu yang ingin Mir kongsikan dengan kakak. Kakak lebih berpengalaman dari Mir.”

“Okay.” Tengku Tyea terus sahaja menyatakan persetujuan. Dia menarik lengan sasa Tengku Mirza. Agak kelam-kabut Tengku Mirza menuruti langkah kakaknya itu.

“TUAN Pengarah...you di mana sekarang?”

“Saya sedang berada di atas katil sambil menikmati aroma haruman rose di sini. Kalau bau tuan punya badan pasti lebih wangi.” Putri Tasnim pasti terkejut beruk bila balik kerja nanti. Dia bukannya bodoh. Awal-awal lagi dia sudah membuat kunci pendua apartmen mewah milik isterinya itu.

“Tuan Pengarah memang gatal!”

“Dia yang buat saya gatal tahu. Not my flase.”

Boleh pula Tuan Pengarah berkata sedemikian. Tuan Pengarah yang memulakan semua masalah ini. Berkahwin dengan cara yang amat ‘sopan’ sekali.

“Saya berharap esok atau lusa tidak ada muka Tuan Pengarah terlantar atas katil berlumuran darah depan paper. Pengsan bonda Tuan Pengarah nanti.”

Tiryaq ketawa besar.

“ Baiklah. Kita bincang semula topik asal kita. Mir telah termakan pujuk rayu Tyea. So...awak awasi Tyea. Tak perlu ambil tindakan apa-apa. Biarkan saja apa yang dia buat.” Raut Tiryaq tampak serius begitu jua dengan suaranya.

Apple di talian tersenyum. Tuan Pengarah sudah bertukar menjadi rupa asalnya.

“Tuan Pengarah...Tyea amat licik. Saya takut dia akan melingkupkan TIR Holding’s.” Apple menyatakan kegusaran di hati.

“Ikut saja rentak permainan dia. Biarkan dia ketawa dahulu sebab saya mahu menjadi orang terakhir yang memenangi permainan. I’m the king!”

Apple tersentap. Suara Tiryaq amat menakutkan. Jantungnya berdengup kencang.

Permainan apakah yang sedang Tuan Pengarahnya itu caturkan? Jangan ada pertumpahan darah dalam TIR Holding’s. Dia tidak mahu Tiryaq menjadi lebih kejam seperti sebelum ini. Tiryaq lelaki yang berhati kering dan tidak punya perasaan di wajah tampannya. Jujurnya Apple menyenangi Tiryaq yang berwajah baru itu.

“Tuan Pengarah...you serious.”

“Just kidding! Hahahaha....” Tawa Tuan Pengarah menyakitkan gegendang telinga Apple.

Tiryaq tahu Apple terkejut dengan kata-katanya. Apple menggeruni Tiryaq yang lama itu. Diktator besar dalam TIR Holding’s. Sayangnya diktator itu sudah menjadi anak tikus di sini.

“Tuan Pengarah...”

“Time out! Saya kena memasak untuk mem besar saya.”

“Tuan Pengarah memasak? Bukan tugas memasak itu tugas isteri Tuan Pengarah.” Apple mengurut dada. Masakan Tuan Pengarah sudah kena ‘queen control’ dengan perempuan itu? Apple membuat andaian.

“Apple...kita berborak lain kali ye. Bye-bye.” Talian telefon dimatikan. Tiryaq baring semula di atas tilam empuk itu.

Dia lebih mengutamakan kehidupan barunya ini dari masalah TIR Holding’s. Apartmen yang cantik tapi dia tidak suka ruang tamu dan bilik yang berselerak ini. Tiryaq juga sudah memeriksa dapur Putri Tasnim. Nyata wanita itu jarang memasak di rumah. Dia sudah ke pasar dan membeli barang keperluan untuk dia menyediakan hidangan makan malam mem besarnya itu.

Tengku Tyea sudah kembali semula di TIR Holding’s. Tengku Tyea mahu membalas dendam. Tiryaq tersengih. Dia mahu lihat sejauh mana Tengku Tyea bertindak.

PUTRI Tasnim memulas cembul pintu. Bau aroma masakan menusuk ke dalam rngga hidungnya. Dia mengerutkan dahi. Briefcase dia campakkan atas sofa. Apartmen yang dia tinggalkan berselerak kini kemas dan teratur. Bekilat gitu. Suara lelaki yang sedang menyanyi di paur itu mengejutkan Putri Tasnim. Dia kenal benar dengan empunya suara. Tiryaq...Putri Tasnim meluru ke dapur.

Tiryaq yang sedang memakai apron itu tersenyum manis memandangnya. Putri Tasnim rasa seperti mahu pitam. Bagaimana lelaki ini boleh berada di dalam apartmennya. Belum sempat dia menyoal tubuhnya sudah terjelepok atas lantai. Dia hanya mendengar Tiryaq melaungkan namanya.

Lembutnya usapan tangan ini pada wajahnya. Dia terasa seperti ibunya sedang membelai dia. Putri Tasnim membuka mata. Dia bingkas bangun dengan wajah merah padam. Lelaki itu yang mengusap dan membelai rambutnya. Putri Tasnim melihat keadaan dirinya. Dia masih lengkap berpakaian. Dia menarik nafas lega. Manalah tahu lelaki ini mengambil kesempatan ketika dia pengsan tadi.

“Awak tidak sepatutnya pengsan melihat wajah tampan saya ini.” Tiryaq menyuakan mukanya pada Putri Tasnim. Putri Tasnim menolak wajah Tiryaq.

Perasan sungguh! Dia bingkas bangun dari katil. Tidak kuasa dia mahu baring lebih lama dengan ditemani oleh lelaki itu.

“Macam mana you boleh tercampak di apartmen I?” Sesi soal siasat sudah bermula.

“Awakkan isteri saya. Takkan saya nak tinggalkan isteri saya sendirian. Tak baik tau.” Tiryaq tersengih. Dia menayangkan kunci pendua yang dia miliki.

Putri tasnim jalan mundar-mandir. Fikiran yang serabut bertambah serabut. Kalau dia halau Tiryaq keluar pasti Tiryaq akan sebarkan perkahwinan mereka pada umum. Dia juga yang akan susah nanti. Reputasi tasnim! Kau kena jaga repputasi kau!

“Ada sesiapa nampak you masuk ke rumah I?”

“Ermmm...” Tiryaq mengusap dagunya. “Pengawal keselamatan. Dia tanya siapa saya so saya jawab saya suami awak dan tunjukkan kad perkahwinan kita.” Tersusun rapi barisan gigi Tiryaq yang putih bersih itu.

“Sekejap...jiran sebelah-menyebelah awak pun ada bertanyakan saya.”

“So you pun cakaplah yang you ni my husband.”

“Correct! Bonda saya kata menipu iitu tidak baik. Kita kena bercakap benar.” Macamlah dia tidak menipu. Dialah perancang segala masalah kepada wanita itu.

Putri Tasnim rasa mahu hentakkan kepala pada dinding. Berita tentang perkahwinannya akan tersebar di seluruh apartmen ini. Dia menjeling Tiryaq tajam. Lelaki itu memang kaya dengan senyuman.

“You memang membawa masalah besar pada I.”

“Maaf...sebagai tanda maaf apa kata malam ini saya berikan urutan percuma pada awak.”

“What! Urutan percuma. Jangan harap I nak serahkan body I pada you!” Puteri Tasnim lemparkan bantal pada muka Tiryaq.

Argh! Putri Tasnim menjerit dalam hati. Dia melangkah keluar dari bilik tidur. Tiryaq mengekori dari belakang. Putri Tasnim labuhkan punggung pada sofa empuk yang terletak di ruang tamunya itu. Tiryaq turut sama berbuat demikian. Matanya tidak lari dari menilik wajah ayu Putri Tasnim.

Tasnim...apa yang perlu kau buat sekarang. Sejauh mana kau cuba melarikan diri hakikat itu tetap tidak berubah. Kau sudah ada suami. Masakan kau mahu campak suami kau ini keluar. Buntu! Buntu! Kalau tidak disegerakan jalan penyelesaian maka dia terus hidup begini dengan seorang lelaki yang tidak tahu asal usulnya.